Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Antaranya ialah faktor fizikal, seperti alat pendengaran, alat pertuturan dan kecederaan sewaktu lahir. Seterusnya ialah faktor persekitaran yang berkait rapat dengan keluarga, sosioekonomi dan bilangan adik beradik.
FAKTOR FIZIKAL
Alat pendengaran.
i. Alat pendegaran - Faktor ini merujuk kepada ketidakupayaan untuk mendengar atau pekak. Ini akan menyebabkan kelancaran otak untuk memproses maklumat penutur dan memberikan arahan kepada pendengar untuk bertindak juga turu terjejas. Sekiranya penyakit ini hadir sedari kecil, kanak-kanak itu pasti tidak boleh bertutur kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa.
ii. Alat pertuturan - Masalah ini merujuk kepada kegagalan alat artikulasi berfungsi dengan baik. Kerosakan ini akan menyebabkan individu itu bisu atau gagap.
iii. Kecederaan sewaktu lahir atau mendapat penyakit tertentu seperti jangkitan pada otak, sawan dan penyakit kuning yang teruk akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak. Ini menyebabkan kelewatan kebolehan bertutur dan perkembangan bahasa kanak-kanak.
FAKTOR PERSEKITARAN
i. Keluarga - Ibu bapa yang selalu bertutur dan berbual dengan anak mereka akan menyebabkan anak mereka cepat mempelajari kemahiran ini. Jika ibu bapa jarang berbual dengan anak mereka, ini akan mengehadkan pengunaan bahasa kanak-kanak.
ii. Sosioekonomi - Tahap sosioekonomi biasanya berkait rapat dengan tahap pendidikan. Keluarga yang mempunyai tahap sosio ekonomi yang tinggi dan berpendidikan pasti dapat menyediakan pelbagai kemudahan untuk merangsang perkembangan komunikasi yang baik kepada anak-anak mereka. Manakala, jika keluarga tersebut mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah, agak sukar untuk menghantar anak-anak mereka ke taska seterusnya mengehadkan pengunaan bahasa kanak-kanak kerana tidak terdedah dengan pembelajaran.
iii. Bilangan adik-beradik - Bilangan adik beradik juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Contohnya, semakin ramai bilangan adik beradik dalam sebuah keluarga, makin terhadlah perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini kerana, ibu bapa jarang berbual dengan kanak-kanak tersebut kerana tumpuan terhadap adik beradik yang lain sudah terbahagi. Jika bilangan adik beradik dalam sebuah keluarga adalah sedikit, ibu bapa dapat menumpukan perhatian kepada kanak-kanak tersebut seterusnya dapat mempelbagaikan bahasa kanak-kanak tersebut.
Tetapi, ada juga yang berpendapat sekiranya bilangan adik-beradik terlalu ramai, maka lagi senang untuk mempelbagaikan bahasa kanak-kanak tersebut. Akhirnya, ibu bapa lah yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemahiran bahasa kanak-kanak. Setuju?